Monday, July 21, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ara Johari kesal pemandu lari lepas langgar kereta

    Penyanyi Ara Johari meluahkan rasa kesal terhadap sikap individu yang tidak tampil memohon maaf selepas melanggar kereta miliknya.

    Biarpun tidak mengalami kerosakan teruk, namun bagi Ara atau Nurfarrah Izzatie Johari, 28, sikap timbang rasa perlu apabila berlaku perkara sebegitu.

    “Abang bawa kereta Axia kuning, dah cium kereta saya sikit itu tak nak minta maaf ke?” kongsinya.

    Ara berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya sekali gus memberi bayangan nombor pendaftaran kereta yang melanggarnya.

    Dipercayai kejadian itu berlaku ketika dia terlibat membuat persembahan dalam sebuah acara pada malam Sabtu.

    Lebih membuatkan Ara kecewa apabila, individu berkenaan seolah-olah tidak menghiraukan keberadaan dalam kereta itu.

    “Abang nampak kan saya dekat dalam itu? Penat saya jaga kereta tau. Merajuk!,” luahnya.

    Sementara itu, usaha mStar untuk mengetahui keadaan Ara dengan lebih lanjut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan serta hantaran WhatsApp tidak berbalas. – Agensi

    Kereta Ara alami kemalangan dipercayai dilanggar kenderaan lain. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda