Lebih dua bulan sakit tekak, Ara Johari enggan menghampakan peminat dengan beraksi sebaik mungkin pada konsert mini eksklusif, A Night With Ara Johari di Nero Event Space, PJ Performing Arts Centre (PJPAC), 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini. Mendendangkan 10 lagu termasuk single popular iaitu Keliru, Sumpahan Salju, Bunga dan Warkah Untukku, Ara menghadiahkan peminat