Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab bebas 10 tahanan perang

    RIYADH, 22 SEPT – Arab Saudi membantu membebaskan 10 warga asing yang didapati berperang untuk Ukraine dalam  konflik negara itu dengan Rusia, Xinhua memetik laporan Agensi Akhbar Saudi (SPA) pada Rabu.

    Ia adalah sebahagian daripada pertukaran tahanan antara Rusia dan Ukraine, sejajar dengan komitmen kemanusiaan Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman Al Saud, terhadap krisis semasa Rusia-Ukraine.

    Sepuluh tahanan itu terdiri daripada warga Maghribi, Sweden, Croatia, British dan AS, yang diterbangkan ke Arab Saudi dari Rusia, kata kementerian itu.

    Arab Saudi memudahkan prosedur kepulangan tahanan itu dengan selamat ke negara masing-masing, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda