Saturday, May 10, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi ambil semula tawanan perang

    RIYADH, 30 Jan – Arab Saudi kelmarin mengumumkan pengambilan semula rakyatnya yang sebelum ini merupakan seorang tawanan perang militia Huthi di Yaman, lapor agensi berita China Xinhua memetik Agensi Akhbar Arab Saudi (SPA).

    Jurucakap gabungan pimpinan Arab Saudi dalam perang di Yaman, Turki Al Maliki, berkata pembebasan anggota tentera itu, yang berada dalam keadaan kesihatan yang buruk, adalah usaha bersama antara gabungan tersebut dan Duta Khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Yaman, Martin Griffiths.

    Anggota tentera itu, Mousa Shoui Awaji, tiba pada petang kelmarin di pangkalan udara Raja Salman di ibu kota Riyadh. Sebagai balasan, gabungan itu bersetuju membebaskan tujuh tahanan Huthi. Jurucakap itu berkata militia Huthi masih menahan beribu-ribu rakyat Yaman termasuk ahli politik serta pemimpin sosial dan tentera. – Bernama

    Musa al-Awaji dibantu ahli Jawatankuasa Palang Merah menaiki pesawat di lapangan terbang Sanaa selepas dibebaskan pemberontak Huthi, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda