Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi benar wanita melancong

    ANKARA, 2 OGOS – Arab Saudi akan membenarkan wanita berumur 21 tahun untuk memohon pasport dan melancong ke luar negara tanpa perlu mendapatkan kebenaran penjaga lelaki, lapor agensi berita Anadolu.

    Memetik sebuah akhbar tempatan yang tidak menyatakan sumber maklumat itu diperoleh, mengatakan Arab Saudi dijangka akan membuat pindaan kepada peraturan perjalanan, undang-undang buruh dan undang-undang status awam.

    Peraturan baharu itu dijangka menamatkan sekatan yang selama ini menjadi amalan kerajaan dan mengakhiri diskriminasi terhadap wanita.

    Di Arab Saudi setiap wanita perlu mendapat izin seorang daripada anggota keluarga lelaki untuk memohon pasport atau meninggalkan negara itu.

    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, wanita Saudi telah memohon suaka di negara lain untuk lari daripada kerajaan dan keluarga.

    Tahun lepas, Raja Saudi Salman bin Abdulaziz mengeluarkan perintah membenarkan wanita – untuk kali pertama dalam sejarah negara – memandu kenderaan dan mendapatkan lesen. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda