Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Arab Saudi benarkan pemegang visa pelancong tunai umrah

    RIYADH, 14 OGOS – Arab Saudi pada Sabtu mengumumkan pihaknya membenarkan semua pelawat termasuk pemegang visa pelancong untuk menunaikan umrah, lapor agensi berita Arab Saudi.

    Menurut Kementerian Haji dan Umrah, keputusan itu berkuat kuasa untuk musim umrah bermula 30 Julai bertujuan memberi jemaah pengalaman ibadah dan menikmati kebudayaan setempat. 

    Kebenaran itu juga terpakai kepada pemegang visa semasa ketibaan atau e-visa dan visa Amerika Syarikat, British atau Schengen. 

    Pemegang visa untuk melawat ahli keluarga dan lain-lain juga boleh menunaikan umrah dengan membuat janji temu melalui aplikasi Eatmarna atau menghantar permohonan ke Unified National Visa Platform. Pelawat juga dikehendaki memiliki insurans kesihatan COVID. – Bernama  

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...