Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi keluarkan lebih 190,000 visa umrah sejak musim 1447H bermula

    JEDDAH, 1 JULAI – Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan bahawa lebih 190,000 visa umrah telah dikeluarkan kepada jemaah dari luar Arab Saudi sejak bermulanya musim umrah bagi tahun 1447 Hijrah, lapor agensi berita Saudi (SPA).

    Kementerian sebelum ini mengisytiharkan permulaan rasmi musim umrah pada Selasa lalu, 14 Zulhijah 1446 Hijrah, dengan permohonan visa dibuka melalui platform ‘Nusuk’.

    Langkah itu menandakan fasa baharu dalam usaha mempermudah perkhidmatan ibadah umrah selaras dengan usaha berterusan Kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan pengalaman jemaah di bawah Visi 2030 Arab Saudi.

    Menurut kementerian, pengeluaran permit umrah telah bermula pada Rabu, 15 Zulhijah melalui aplikasi ‘Nusuk’, platform digital bersepadu yang menyediakan perkhidmatan kerajaan kepada jemaah dan pelawat.

    Platform itu membolehkan pengguna menempah dan mengeluarkan permit dengan mudah, selain menawarkan pelbagai perkhidmatan digital bagi menyokong dan meningkatkan pengalaman ibadah umrah.

    Peningkatan awal dalam permohonan visa umrah ini berlaku selepas musim haji yang sangat berjaya, yang dicirikan oleh prosedur yang lebih lancar, prestasi yang dipertingkatkan serta infrastruktur teknikal yang dinaik taraf, sekali gus meningkatkan kecekapan perkhidmatan kepada jemaah haji dan umrah. – Bernama

    Gambar FREEPIK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda