Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Arab Saudi labur dalam teknologi hijau ubah padang pasir

    JEDDAH, 3 DIS – Arab Saudi sedang melabur dalam inovasi hijau untuk mengubah padang pasirnya, tetapi tuduhan ‘manfaat alam sekitar’ menimbulkan persoalan terhadap keberkesanan projek berimpak tinggi sebagai penyelesaian iklim.

    Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) COP16 mengenai kemarau dan penggurunan berlangsung minggu ini di Riyadh, selari dengan matlamat kerajaan untuk memulihkan 40 juta hektar tanah terhakis.

    Walau bagaimanapun, di sebalik pelaburan besar dalam teknologi hijau, negara itu masih mempertahankan industri minyaknya, mencetuskan kritikan bahawa usaha mesra alamnya hanya memberi manfaat terhad.

    Menurut laporan PwC 2023, Arab Saudi menyumbang hampir 75 peratus pelaburan dalam teknologi iklim di Timur Tengah, dengan AS$363 juta diperuntukkan untuk penyelesaian tenaga mesra iklim. Jumlah itu sepuluh kali ganda lebih besar daripada pelaburan dalam inovasi berkaitan makanan, pertanian dan penggunaan tanah.

    Tetapi pelaburannya dalam teknologi hijau lebih banyak tertumpu kepada tenaga, dengan AS$363 juta dilaburkan dalam penyelesaian tenaga mesra iklim – hampir 10 kali ganda daripada jumlah yang dilaburkan dalam inovasi berkaitan makanan, pertanian dan penggunaan tanah.

    Di sebuah kampus luas di utara Jeddah, salah satu projek yang terbukti berguna di negara yang kekurangan air itu ialah penggunaan mikroorganisma untuk mengurangkan kos tenaga dalam merawat sisa air.

    Menurut seorang pakar kejuruteraan sains alam sekitar di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah, Peiying Hong mengatakan proses itu bertujuan untuk membersihkan dan merawat air sisa dengan cara neutral. – AFP

    Gambar delegasi yang tiba di pusat persidangan COP16, di ibu negara Saudi Riyadh pada 2 Disember. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Arab Saudi, AS tandatangan perjanjian bernilai hampir AS$575 bilion

    DOHA, 20 NOV - Nilai kontrak yang dimeterai antara...

    Robot manusia bakal terajui gelombang baharu AI fizikal

    TOKYO - Sepasang lengan robot berpusing yang menyerupai manusia,...

    EGC himpunkan pengusaha tempatan, kerajaan dan swasta

    Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV -...

    Arab Saudi minta AS cuba akhiri konflik Sudan – Trump

    WASHINGTON, 20 NOV - Presiden Donald Trump kelmarin berkata...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...