DUBAI, 10 JULAI – Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas dua warga Ethiopia atas kesalahan berkaitan dadah, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri hari ini, menjadikan jumlah warga asing yang dihukum mati sejak awal tahun ini sekurang-kurangnya 101 orang, berdasarkan kiraan AFP.
“Khalil Qasim Muhammad Omar dan Murad Yaqub Adam Siyo kedua-duanya warganegara Ethiopia didapati bersalah menyeludup dadah jenis hashish,” menurut kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Saudi (SPA).
“Setelah dirujuk ke mahkamah yang berkenaan, keputusan telah dikeluarkan yang mengesahkan pertuduhan terhadap mereka dan menjatuhkan hukuman mati.”
Secara keseluruhan, sebanyak 189 individu telah dihukum mati di Arab Saudi sepanjang 2025, termasuk 88 warga tempatan, menurut rekod AFP. – AFP
