Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi lancar inisiatif sejuta pokok pintar di Aseer

    ABHA, 4 SEPT – Perbandaran Wilayah Aseer Arab Saudi menandatangani perjanjian perkongsian alam sekitar dan teknikal dengan netzero, sebuah syarikat perkhidmatan alam sekitar di bawah Program Sedra Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian, bagi melancarkan inisiatif penghutanan pintar di 33 kawasan perbandarannya.

    Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), perjanjian itu merangkumi penanaman dan pendokumentasian sejuta pokok pintar dengan menggunakan amalan terbaik global.

    Ia juga bertujuan mewujudkan hutan mini di kawasan terpilih untuk meningkatkan biodiversiti dan memperluas kawasan hijau.

    Kerjasama itu mencerminkan komitmen Perbandaran Wilayah Aseer dan netzero terhadap masa depan mampan, di samping menyokong inovasi Arab Saudi dalam teknologi iklim. – Bernama

    Arab saudi bersedia untuk mendigitalkan sejuta pokok sebagai sebahagian daripada projek bandar hijau pintar pertama. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda