Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi lancar ‘Nusuk Umrah’ untuk permudah visa, perjalanan

    JEDDAH, 21 OGOS – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi kelmarin melancarkan perkhidmatan Nusuk Umrah, yang membolehkan jemaah dari luar negara memohon visa umrah secara langsung dan menempah perkhidmatan dalam talian tanpa perantara.

    Menurut agensi berita Saudi (SPA), platform ini bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memperkaya pengalaman jemaah.

    Nusuk Umrah adalah pilihan baharu bagi jemaah antarabangsa, melengkapi saluran sedia ada seperti ejen bertauliah. Perkhidmatan itu membolehkan pengguna menyesuaikan perjalanan mereka dengan memilih pakej bersepadu atau menempah perkhidmatan secara individu seperti visa, penginapan, pengangkutan dan lawatan.

    Platform tersebut menampilkan antara muka mesra pengguna yang menyokong tujuh bahasa, berintegrasi dengan sistem kerajaan dan menawarkan pelbagai pilihan pembayaran untuk pengalaman digital yang lancar.

    Pelancaran perkhidmatan itu sebahagian usaha kementerian untuk mencapai matlamat Visi 2030 Arab Saudi, dengan menambah bilangan tetamu Muslim serta menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dan mudah bagi mempertingkatkan perjalanan ibadah haji dan umrah.

    Platform baharu tersebut boleh diakses di https://umrah.nusuk.sa/ – Bernama

    Envato

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda