Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi lancar tinjauan elektronik berbilang bahasa untuk musim haji

    JEDDAH, 18 JUN – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi melancarkan satu tinjauan elektronik bagi menilai tahap kepuasan jemaah haji bagi musim haji 1446 Hijrah, lapor agensi berita Saudi, SPA.

    Tinjauan itu terbuka kepada semua jemaah haji, sama ada dari dalam atau luar negara, untuk berkongsi pandangan dan maklum balas mereka.

    Ditawarkan dalam sembilan bahasa – Arab, Inggeris, Sepanyol, Parsi, Perancis, Hindi, Melayu, Turki dan Cina – tinjauan itu memastikan perkhidmatan yang disediakan selaras dengan jangkaan jemaah serta menyumbang kepada matlamat Visi 2030 Arab Saudi dalam menyampaikan pengalaman haji yang lancar dan bermakna.

    Tinjauan itu menjadi alat penting untuk menilai pengalaman jemaah daripada perspektif peribadi, menyokong komitmen kementerian terhadap penambahbaikan berterusan.

    Kementerian menggalakkan semua jemaah haji untuk mengambil bahagian dan menekankan bahawa maklum balas mereka akan digunakan secara langsung dalam membuat keputusan bagi meningkatkan kualiti dan kecekapan perkhidmatan.

    Tinjauan itu boleh diakses menerusi pautan https://hajsurvey.com/departure_survey. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda