Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi ‘mengejar masa’ siapkan litar

    JEDDAH, 29 SEPT – Arab Saudi berusaha untuk membuat persediaan bagi penampilan sulung Formula Satu, menurut kenyataan daripada pegawai, dengan litar tersebut masih dalam pembinaan menjelang perlumbaan pada awal Disember.

    Menurut kenyataan rasmi, penganjur sedang ‘mengejar masa’ dan bekerja ‘sepanjang hari’ di bandar Laut Merah, Jeddah.

    Semasa lawatan di litar tersebut pada minggu ini menunjukkan masih banyak tugas perlu dilakukan, dengan bangunan masih dalam pembinaan dan jentolak serta penggali berada di tapak tersebut.

    Litar tersebut akan berukuran 6.175km, yang kedua terpanjang dalam jadual perlumbaan dan mempunyai 27 selekoh. Perlumbaan pada hujung minggu itu dijadualkan pada 3 hingga 5 Disember.

    Putera Khalid bin Sultan Al-Faisal, presiden Kesatuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi, berkata terdapat ‘permintaan tinggi’ untuk mendapatkan tiket kemasukan, meskipun pada ketika perjalanan masih sukar dilakukan gara-gara pandemik.

    Tiket dijual pada harga yang mahal, antara AS$533 hingga AS$9,333.

    “Kami menjangkakan jumlah kehadiran yang ramai, terutama mereka dari Eropah dan Amerika Syarikat,” beliau memberitahu wartawan.

    “Kos projek Formula Satu sangat tinggi, dan ia adalah perkara biasa kos digantikan dengan penjualan tiket serta sumber lain, termasuk pengiklanan dan penaja tempatan.”

    Arab Saudi sebelum ini pernah menganjurkan Dakar Rally, Siri Formula E kereta elektrik, selain acara tinju, golf dan tenis. – AFP

    Tapak litar GP Arab Saudi yang masih dalam pembinaan. Pihak penganjur berusaha untuk menyiapkan litar tersebut menjelang jadual perlumbaan pada penghujung tahun ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda