Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Arab Saudi, Pakistan lancar Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi tingkat perdagangan

    RIYADH, 29 OKT – Arab Saudi dan Pakistan bersetuju melancarkan Rangka Kerja Kerjasama Ekonomi berasaskan kepentingan ekonomi bersama serta hasrat bersama untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan, lapor agensi berita Saudi (SPA).
     
    Perjanjian itu diumumkan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan kelmarin selepas pertemuan antara Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif di Riyadh pada Isnin.
     
    Rangka kerja itu bertujuan memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pembangunan, memperkukuh peranan sektor swasta serta meningkatkan pertukaran perdagangan antara kedua-dua negara.
     
    Sektor yang diberi keutamaan termasuk tenaga, perindustrian, perlombongan, teknologi maklumat, pelancongan, pertanian dan keselamatan makanan.
     
    Kedua-dua pihak kini meneliti beberapa projek ekonomi bersama, termasuk memorandum persefahaman bagi projek sambungan elektrik antara kedua-dua negara dan kerjasama dalam sektor tenaga.
     
    Rangka kerja itu juga memperluas usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan Arab Saudi-Pakistan selain mencerminkan visi bersama kedua-dua negara untuk membina perkongsian mampan dalam pelbagai bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan. 
     
    Kedua-dua pemimpin turut menantikan penganjuran mesyuarat seterusnya Majlis Penyelarasan Tertinggi Arab Saudi-Pakistan. – Bernama 
     
    Gambar Feepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Berita Berkaitan

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Letupan gas di kilang kimia Pakistan ragut 14 nyawa

    FAISALABAD, PAKISTAN, 21 NOV - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk...

    Reliance India hentikan import minyak mentah Rusia

    NEW DELHI, 21 NOV - Reliance Industries India kelmarin...

    Unjuran pertumbuhan ekonomi Singapura meningkat

    SINGAPURA, 21 NOV - Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya...

    Terkini

    Komited memajukan kerjasama pengangkutan ASEAN

    Oleh Salawati Haji Yahya - BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Lawatan perkukuh jalinan, erat silaturahim

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Ahli-ahli Majlis...

    Program RRP bantu bina sahsiah, disiplin pelajar

    Oleh Sim Y. H. - BELAIT, 23 NOV – Seramai...

    IHP Oktober 2025 meningkat 0.1 peratus

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...