Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Arab Saudi sambut 1 juta jemaah haji

    MEKAH, ARAB SAUDI, 5 JULAI – Jemaah haji dari seluruh dunia telah memenuhi jalan-jalan di kota suci tersebut menjelang ibadah haji dalam jumlah yang besar sejak pandemik koronavirus melanda.

    Beberapa papan tanda selamat datang dipasang untuk menyambut kedatangan jemaah, termasuk beberapa pelawat antarabangsa sejak 2019, memenuhi bangunan dan jalan, sementara pegawai keselamatan bersenjata melakukan rondaan di kota suci tersebut, tempat suci yang dikenali sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.

    “Ini adalah satu kegembiraan,” kata salah seorang jemaah haji, Abdel Qader Kheder dari Sudan kepada AFP di Mekah, sebelum mengerjakan ibadah yang bermula Rabu ini. “Saya hampir tidak percaya saya berada di sini. Saya menikmati setiap detik berada di sini.”

    Seramai sejuta orang, termasuk dengan seramai 850,000 orang dari luar negara, dibolehkan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini selepas dua tahun mencatatkan kekurangan jemaah akibat pandemik. Ibadah haji adalah salah satu daripada rukun Islam, di mana bagi sesiapa beragama Islam dan mampu dimestikan mengerjakan ibadah haji sekurang-kurangnya sekali.

    Sementara itu, lebih kurang seramai 650,000 jemaah haji dari luar negara tiba di Arab Saudi setakat ini, menurut pihak berkuasa baru-baru ini.

    Tetapi pihak berkuasa kelmarin telah menghalang hampir 100,000 orang daripada memasuki kota suci Mekah, mengawal keselamatan di sekitar kota suci tersebut. Pegawai keselamatan berkata seramai 288 orang ditahan dan didenda atas cubaan menunaikan ibadah haji tanpa permit.

    Pada 2019, sekitar 2.5 juta orang tiba bagi mengerjakan ibadah tersebut, termasuklah juga dengan perkumpulan di Bukit Arafah dan ketika melakukan lontar jamrah di Mina.

    Pada tahun berikutnya, ketika pandemik koronavirus melanda, jumlah jemaah dan pelawat dikawal dengan hanya seramai 10,000 orang yang boleh memasuki kota suci agar mengelak daripada berlakunya penularan secara besar-besaran.

    Angka tersebut meningkat kepada 60,000 setelah orang ramai menerima vaksinasi lengkap, terdiri daripada rakyat dan penduduk tetap negara tersebut pada tahun lalu. – AFP

    Antara jemaah haji dilihat berada di luar masjid setelah tiba di kota suci Mekah, Arab Saudi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...