Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi sambut Aidilfitri 21 April

    RIYADH, 21 APRIL – Arab Saudi, tempat terletaknya tempat suci Islam, dan negara-negara Islam yang lain mengumumkan kelmarin bahawa cuti Aidilfitri yang menandakan berakhirnya puasa Ramadan akan bermula hari ini.

    Di beberapa negara Islam, pihak berkuasa berkata cuti itu akan bermula esok.

    “Hari ini, Jumaat, adalah hari pertama Aidilfitri untuk tahun ini,” dengan kelmarin hari terakhir bulan suci Ramadan, kata Agensi Akhbar Saudi rasmi di akaun Twitter, memetik kenyataan mahkamah diraja.

    Waktu Hari Raya Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan, mengikut kalendar Muslim.

    Hari raya biasanya disambut dengan perhimpunan keluarga.

    Jemaah Islam berdoa semasa solat pagi Aidilfitri di luar Masjid Mohammad al-Amin di pusat bandar Beirut, Lubnan pada 21 April. – AP

    Pihak berkuasa di Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Jordan dan Sudan juga mengumumkan Aidilfitri akan bermula hari ini.

    Libya, yang diperintah oleh dua pentadbiran yang bertelagah, akan menandakan hari raya hari ini di timur negara itu dan esok di kawasan di bawah kawalan kerajaan yang berpangkalan di Tripoli.

    Kenyataan daripada pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dan pihak berkuasa tertinggi Iraq, Ayatollah Ali Sistani, berkata sambutan Aidilfitri akan bermula esok di negara mereka.

    Oman juga akan memulakan Aidilfitri esok, begitu juga Indonesia, negara dengan majoriti penduduk Islam paling ramai di dunia.

    Berpuasa siang hari pada bulan Ramadan adalah salah satu daripada lima rukun Islam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda