Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi sedia platform digital ikuti ibadah haji

    KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Kementerian Kebudayaan dan Maklumat (MOCI) Arab Saudi melancarkan dua platform digital bagi memudahkan umat Islam di seluruh dunia mendapatkan maklumat serta mengikuti perkembangan terkini ibadah haji tahun ini.

    Kementerian itu dalam kenyataannya hari ini berkata dua platform digital itu boleh diakses menerusi laman web SaudiWelcomesTheWorld.org dan www.Hajj2017.org.

    “SaudiWelcomesTheWorld.org merupakan portal bagi menyampaikan mesej kasih sayang dan perpaduan kepada umat Islam di seluruh dunia dan menerusi portal ini, jemaah berkongsi perjalanan ibadah haji mereka, secara tidak langsung membolehkan dunia mempelajari dan mengetahui nilai-nilai murni agama Islam.

    “Portal www.Hajj2017.org pula membolehkan maklumat, perkembangan dan berita-berita terkini tentang Haji 2017 diakses. Menerusi portal ini, wartawan boleh mengakses dan memuat turun bahan media seperti gambar, infografik dan siaran akhbar,” kata kenyataan itu.

    Portal www.Hajj2017.org juga akan menjadi saluran rasmi bagi siaran langsung pelaksanaan ibadah haji.

    Sehingga kini, lebih 1.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia telah tiba di Arab Saudi dan kira-kira 500,000 lagi bakal tiba untuk melaksanakan ibadah haji yang akan bermula pada 30 Ogos dan berakhir 4 Sept ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda