Wednesday, July 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi sedia terima jemaah umrah bagi musim 1447H

    RIYADH, 25 JUN – Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi telah melengkapkan persiapan di semua pintu masuk antarabangsa untuk menerima jemaah umrah yang tiba bagi musim umrah 1447 Hijrah, bagi memastikan kelancaran proses daripada ketibaan hingga berlepas.

    Menurut agensi berita Saudi, SPA, jabatan itu mengesahkan bahawa semua balai imigresen di pintu masuk udara, darat dan laut telah diperkukuh dengan petugas berkelayakan serta peralatan teknikal moden.

    Jabatan itu turut menggesa jemaah umrah agar mematuhi peraturan dan arahan sepanjang berada di negara itu, dari saat ketibaan sehingga berlepas. – Bernama

    Jemaah Muslim berkumpul untuk menunaikan solat mengelilingi Kaabah, Masjidil Haram di kota suci Mekah pada 2 Jun menjelang ibadah haji. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda