Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi sumbang kurma

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), hari ini, telah menerima buah kurma sumbangan Kerajaan Arab Saudi dan diagih-agihkan kepada masjid, surau dan balai ibadat serta persatuan-persatuan mualaf yang terpilih di keempat-empat daerah.

    Penyerahan kurma-kurma berkenaan kepada wakil-wakil imam masjid dan persatuan-persatuan mualaf telah disempurnakan oleh Ketua Hal Ehwal Konsular dan Setiausaha Pertama, Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam, Nawaf Mazi H. Albdawi sebagai wakil Duta Besar Istimewa dan Mutlak, Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Emad A.S Almuhanna.

    Hadir menyaksikan penyerahan kurma pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah itu ialah Setiausaha Tetap di KHEU, Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, Pemangku Pengarah Pentadbiran KHEU, Awang Sofian bin Haji Basri serta pengarah-pengarah dan penolong pengarah di KHEU.

    Penyerahan sumbangan kurma jenis Khalash itu merupakan yang kelima diadakan.
    Usaha seumpama ini menunjukkan hubungan kerjasama baik yang sedia ada antara KHEU bersama Kedutaan Besar Kerajaan Arab Saudi di Negara Brunei Darussalam, serta turut memperlihatkan hubungan erat dan mesra antara kedua-dua buah negara.

    Nawaf Mazi H. Albdawi menyampaikan sumbangan kurma kepada salah seorang wakil penerima.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda