JEDDAH, 6 Jan – Arab Saudi memutuskan untuk menarik balik pengurangan kuota jemaah haji yang dikenakan lima tahun lalu, bermula tahun ini. Pihak berkuasa tertinggi meluluskan cadangan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Muhammad bin Naif, untuk menguatkuasakan semula kuota haji kedua-dua jemaah tempatan dan asing