Saturday, January 25, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi tarik balik semua sekatan COVID

    RIYADH, 23 MAC – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan COVID, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.

    Menerusi catatan di akaun laman sosial Twitter rasminya Isnin lalu, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi COVID dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi.

    Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda