LONDON, 1 JUN – Arab Saudi berdepan tekanan untuk membebaskan seorang putera raja yang dipenjara selama dua tahun, hasil usaha melobi bernilai AS$2 juta dan petisyen daripada penggubal undang-undang Eropah.
Penahanan Putera Salman Abdulaziz dan bapanya sejak Januari 2018 adalah sebahagian daripada tindakan pemerintah de facto, Putera Mahkota Mohammed Salman yang bukan sekadar menghapuskan potensi pesaing, namun turut membuktikan kekuasaannya tidak boleh dicabar.
Kuasa dimiliki beliau itu juga membolehkan keluarga Saad Aljabri dihapuskan, iaitu pembantu kepada seorang lagi putera yang turut ditahan, dan ketua tertinggi perisik, walaupun beliau sempat melarikan diri ke Kanada.
Putera Salman, 37, pada hakikatnya adalah sasaran paling tidak menonjol ketika ini, dan hanya terkenal sebagai seorang individu yang menguasai pelbagai bahasa dan menerima pendidikan di Universiti Sorbonne, Perancis.
Beliau dilihat sebagai tidak memiliki cita-cita untuk bergiat dalam dunia politik, sebaliknya hanya menumpukan kepada usaha membantu golongan memerlukan.
“Ini bukan sahaja penahanan yang tidak sah, tetapi penculikan secara jelas dan nyata. Ia adalah kehilangan yang disengajakan,” kata pembantu Putera Salman. – AFP