MEKAH, 1 JUN – Dengan lebih 1.8 juta jemaah dijangka menunaikan ibadah haji tahun ini, Arab Saudi telah meletakkan pasukan keselamatannya dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi bagi memastikan keselamatan jemaah dan kelancaran pelaksanaan ibadah itu. Pengarah Keselamatan Awam merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Haji, Leftenan Jeneral Mohammad bin Abdullah Al-Bassami berkata pasukan keselamatan bersedia untuk bertindak dengan

