Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Arab Saudi tuan rumah Perhimpunan Agung Pelancongan PBB November ini

    RIYADH, 24 OKT – Kerajaan Arab Saudi bakal menganjurkan Sesi ke-26 Perhimpunan Agung Pelancongan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dari 7 hingga 11 November, dengan tumpuan kepada tema Pelancongan Dikuasakan AI: Mendefinisi Semula Masa Depan, serta meraikan lima dekad kerjasama di bawah agensi khusus PBB bagi sektor pelancongan.

    Diwakili oleh Kementerian Pelancongannya, Arab Saudi akan menyambut lebih 160 negara anggota, organisasi antarabangsa dan pemain industri global bagi membincangkan masa depan pelancongan yang lebih cerah dan mampan, serta membentuk hala tuju 50 tahun akan datang bagi sektor ini.

    Menteri Pelancongan Arab Saudi, Yang Berhormat Ahmed Al Khateeb, menjemput dunia ke Riyadh untuk menyertai detik bersejarah dalam diplomasi pelancongan global, “Kami amat berbesar hati menjadi tuan rumah kepada organisasi pelancongan terkemuka dunia dalam sesi yang bakal mentakrif semula tindakan global dalam sektor yang semakin penting ini dan seterusnya.”

    Sebagai negara GCC pertama yang menjadi tuan rumah Perhimpunan Agung agensi PBB, Menteri Pelancongan Arab Saudi, Yang Berhormat Ahmed Al Khateeb berkata, “Ia menambah lagi signifikan sesi ini dan menegaskan kepercayaan global terhadap Arab Saudi sebagai penganjur serta platform yang diyakini untuk dialog antarabangsa mengenai pelancongan.

    “Misi kami sebagai tuan rumah adalah untuk menyatukan dunia, menyelaras pandangan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa yang memanfaatkan pertumbuhan industri pelancongan bagi memajukan Matlamat Pembangunan Mampan.” – Bernama

    Pemandangan Malam Riyadh. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Pertumbuhan S’pura diramal melonjak sebab AI

    SINGAPURA, 21 NOV – Ekonomi Singapura diramalkan bertumbuh untuk...

    Arab Saudi, AS tandatangan perjanjian bernilai hampir AS$575 bilion

    DOHA, 20 NOV - Nilai kontrak yang dimeterai antara...

    Arab Saudi minta AS cuba akhiri konflik Sudan – Trump

    WASHINGTON, 20 NOV - Presiden Donald Trump kelmarin berkata...

    Arab Saudi diiktiraf sebagai sekutu utama bukan NATO AS

    WASHINGTON, 19 NOV – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Kamera milik mendiang Paus Francis dijual AS$7.5 juta

    VIENNA, 23 NOV - Sebuah kamera milik mendiang Paus...