Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Arab Saudi tuan rumah Piala Asia 2027

    MANAMA, 2 FEB – Kongres Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kali ke-33 yang diadakan di Bahrain kelmarin telah mengesahkan bahawa Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) akan menjadi tuan rumah Piala Asia 2027.

    Ini sekali gus menandakan kejohanan itu diadakan buat kali pertama di Arab Saudi yang pasukan kebangsaannya pernah merangkul kejuaraan sebanyak tiga kali pada 1984, 1988 dan 1996, lapor Xinhua.

    “Buat kali pertama kejohanan itu diadakan di Arab Saudi dan kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan SAFF dan kerajaan Arab Saudi untuk menganjurkan Piala Asia AFC 2027 yang tidak dapat dilupakan oleh peminat dan pemain,” kata presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa.

    Beberapa siri perbincangan dan pelantikan baharu turut dibuat pada Kongres itu dengan Shaikh Salman dilantik semula sebagai presiden badan induk bola sepak Asia bagi penggal ketiga untuk tempoh empat tahun sehingga 2027.

    Beliau mula menyandang jawatan itu sejak 2013 pada Kongres ke-10 AFC.

    “Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan padu terhadap pencalonan saya untuk menerajui bola sepak Asia selama empat tahun lagi,” kata Shaikh Salman. – Bernama

    Presiden AFC, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa menyerahkan sijil pengesahan pemilihan Arab Saudi sebagai tuan rumah Piala Asia 2027. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...