Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi tubuh syarikat farmaseutikal

    RIYADH, 19 JUN – Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi mengumumkan pembentukan Syarikat Pelaburan Farmaseutikal (Lifera) yang bertujuan untuk memacu pertumbuhan sektor biofarmaseutikal negara itu, lapor Xinhua.

    Dengan tujuan untuk menyokong kedudukan Arab Saudi sebagai destinasi pengeluaran farmaseutikal global, Lifera bercadang menghasilkan produk farmaseutikal yang boleh menyelamatkan serta penting, termasuk insulin, vaksin, terapi plasma, antibodi monoklonal, terapi sel dan gen, serta inovatif molekul halus, menurut kenyataan PIF pada Ahad.

    Syarikat baharu itu juga akan menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa terkemuka serta menarik pelaburan yang disasarkan untuk memacu kapasiti pengeluaran dalam negara.

    Sejak tahun 2017, PIF telah menubuhkan 79 syarikat di 13 sektor strategiknya. – Bernama

    Lifera bercadang menghasilkan produk farmaseutikal untuk memacu pertumbuhan sektor biofarmaseutikal negara itu. – Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda