Selasa, Julai 29, 2025
33 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi umum inisiatif lanjut visa lawatan tamat tempoh selama 30 hari

    RIYADH, 28 JULAI – Direktorat Jeneral Imigresen Arab Saudi mengumumkan inisiatif untuk melanjutkan semua jenis visa lawatan yang tamat tempoh bagi tujuan meninggalkan negara itu.

    Menurut agensi berita Saudi (SPA), inisiatif itu menawarkan tempoh kelonggaran selama 30 hari bermula 1 Safar 1447 Hijrah, tertakluk kepada bayaran yuran dan denda yang ditetapkan.

    Direktorat memaklumkan bahawa individu yang terlibat boleh memanfaatkan inisiatif itu dalam tempoh yang dinyatakan dengan membuat permohonan melalui perkhidmatan ‘Tawasul’ di platform perkhidmatan elektronik Kementerian Dalam Negeri, ‘Absher’.

    Pihak berkuasa turut menggesa orang ramai agar mengambil peluang dalam tempoh yang ditetapkan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda