Friday, May 2, 2025
26.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arab Saudi umum Hari Raya Aidilfitri jatuh pada Rabu

    RIYADH, 9 APRIL – Negara yang menjadi tuan rumah bagi dua masjid suci Islam, Arab Saudi, mengumumkan semalam bahawa cuti Aidilfitri menandakan berakhirnya puasa Ramadan akan bermula pada Rabu.

    “Mahkamah Agung mengisytiharkan esok hari terakhir #Ramadan dan Rabu hari pertama #Aidiladha,” kata agensi akhbar Saudi rasmi di laman X.

    Waktu Hari Raya Aidilfitri ditentukan dengan melihat anak bulan, mengikut kalendar lunar Islam.

    Media Saudi melaporkan bahawa anak bulan tidak kelihatan semalam.

    Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar juga mengumumkan bahawa Eid al-Fitr, cuti yang biasanya disambut dengan perhimpunan keluarga, akan bermula pada Rabu.

    Bulan puasa siang hari Ramadan merupakan salah satu daripada lima rukun Islam.

    Umat Islam lazimnya berpuasa bagi menahan diri daripada makan dan minum bermula dari fajar hingga senja, dan secara tradisinya berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan untuk berbuka puasa pada waktu Maghrib. – AFP

    Pemandangan di Central Park (Hulhumale) diterangi dengan hiasan menjelang perayaan Aidilfitri, yang menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan, di Male. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda