Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arabian Oryx kembali ke Al-Tubaiq selepas 90 tahun

    SKAKA, 18 APRIL – Dalam usaha meningkatkan kepelbagaian semula jadi dan memulihara spesies terancam ke habitat asal mereka, Pihak Berkuasa Pembangunan Rizab Diraja Raja Salman Bin Abdulaziz (KSRNR) melepaskan 153 ekor Arabian oryx ke kawasan Al-Tubaiq, Al-Khunfah dan Harrat Al-Harrah.

    KSRNR mengesahkan kelahiran lapan anak oryx, dengan rekod kelahiran pertama spesies itu di Al-Tubaiq pada 2022 selepas hampir 90 tahun, menandakan kejayaan pembiakan pertama dalam kawasan rizab berkenaan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

    Arabian oryx lazimnya lebih aktif pada awal pagi atau lewat petang bagi mengelakkan kepanasan melampau.

    Program pelepasan semula spesies terancam itu mencerminkan komitmen berterusan KSRNR terhadap keseimbangan ekologi, biodiversiti serta pemuliharaan spesies yang terancam akibat tekanan alam sekitar dan kehilangan habitat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda