Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Arahan penutupan tempat perkhemahan, hutan rekreasi masih berkuat kuasa

    SHAH ALAM, 31 DIS – Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan arahan penutupan semua tempat perkelahan, perkhemahan serta hutan rekreasi di bawah pengurusan jabatan itu masih berkuat kuasa sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.

    Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata larangan itu susulan arahan penutupan semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor, yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor pada 17 Disember lepas susulan cuaca buruk dan musim tengkujuh.

    Beliau berkata mereka yang didapati bersalah melanggar arahan itu boleh didenda sehingga RM30,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...