BANGKOK, 26 JUN – Satu arahan kepada pengguna telefon pintar di selatan Thailand agar menyerahkan sekeping gambar diri mereka bagi tujuan pengenalpastian wajah telah mencetuskan kemarahan daripada pihak pesaing, yang melihat perkara itu sebagai menyekat lagi hak penduduk majoriti Islam itu.
Tetapi seorang jurucakap tentera hari ini mempertahankan tindakan itu, dengan berkata skim pengenalpastian wajah itu adalah perlu bagi menangani pemberontak yang menggunakan bom buatan sendiri.
Tiga negeri paling selatan Thailand, Yala, Pattani dan Narathiwat, telah dibelenggu dengan konflik antara pemberontak Melayu-Muslim dan negeri bermajoriti Buddha Thai sejak 2004.
Keganasan itu sudah meragut kira-kira 7,000 nyawa, kebanyakannya penduduk awam dari kedua-dua penganut, dan pasukan keselamatan telah menahan individu-individu yang disyaki pemberontak pemisah tanpa memerlukan waran pada masa dahulu.
Kini syarikat-syarikat telekom diarahkan untuk menyuruh kesemua 1.5 juta pengguna telefon di kawasan itu menyerahkan sekeping gambar diri mereka atas arahan dari tentera.
“Sekiranya penyerang itu menggunakan kad SIM bagi meletupkan sebiji bom, kami dapat menjejaki pelakunya,” kata Kolonel Watcharakorn Onngon, jurucakap tentera di selatan.
Penyerahan gambar berakhir pada 31 Oktober, dan sesiapa yang gagal melaksanakannya di tiga wilayah itu dan empat daerah di kejiranan Songkhla akan mendapati perkhidmatan telefon mereka dipotong, tegasnya. – AFP