Thursday, January 30, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arak beracun ragut lebih 20 nyawa

    PATNA, INDIA, 18 APRIL – Minuman keras beracun telah menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh di negeri Bihar di India Timur di mana alkohol adalah dilarang, kata pegawai hari ini, walaupun laporan yang belum disahkan menyebutkan jumlah kematian mungkin mencecah 40 orang.

    Penjualan dan pengambilan arak adalah dilarang di beberapa bahagian India, yang mendorong kepada perkembangan pasaran gelap bagi minuman keras buatan sendiri yang beracun dan kadang-kadang boleh membawa maut, yang menyebabkan kematian beratus-ratus orang setiap tahun.

    Siasatan awal kejadian terbaharu itu menunjukkan bahawa alkohol methyl beracun yang dicampurkan dengan minuman keras terbukti boleh menyebabkan kematian.

    Pegawai polis, Jitender Kumar memberitahu AFP bahawa 27 kematian dilaporkan sejak Sabtu.

    Kumar berkata kebanyakan mangsa berasal dari keluarga miskin dan biasa mengambil minuman keras murah tempatan yang dikenali sebagai ‘Desi Daru’.

    Siasatan awal mendapati minuman keras buatan sendiri kadang-kadang boleh membawa maut. – Agensi

    Beberapa media tempatan menganggarkan jumlah kematian pada 40 orang.

    Polis telah menahan 174 orang yang terlibat dengan pengilangan, penjualan dan pembekalan minuman keras secara haram sejak tiga hari lepas.

    Mereka juga telah menggeledah dan merampas serta memusnahkan lebih daripada 900 liter minuman keras beracun.

    Pihak berkuasa tempatan telah menggunakan dron, helikopter dan bot bagi membasmi pasaran gelap ini.

    Pada Disember tahun lepas, 37 orang telah terbunuh selepas mengambil minuman keras haram di negeri yang sama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda