Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aramco, BYD umum kerjasama dalam teknologi kereta tenaga baharu

    SHANGHAI, 22 APRIL – Saudi Aramco dan syarikat gergasi kenderaan elektrik (EV) China, BYD mengumumkan satu perjanjian untuk bekerjasama dalam teknologi kenderaan tenaga baharu, kelmarin.

    Syarikat minyak gergasi Saudi itu sudah pun menjadi rakan kongsi dengan Renault dari Perancis dan pembuat kereta China, Geely, dalam usaha sama untuk menghasilkan enjin terma.

    Anak syarikatnya, Saudi Aramco Technologies Company (SATC) kini bekerjasama dengan EV China dan gergasi kenderaan hibrid, walaupun syarat perjanjian itu tidak dinyatakan.

    Dalam satu kenyataan bersama, syarikat tersebut berkata perjanjian itu bertujuan untuk memupuk pembangunan teknologi inovatif yang meningkatkan kecekapan dan prestasi alam sekitar.

    Kenyataan itu dikeluarkan semasa Pameran Motor Shanghai yang dilancarkan kelmarin.

    “Saudi Aramco, pengeluar minyak terbesar dunia sedang meneroka beberapa cara untuk mengoptimumkan kecekapan pengangkutan, daripada bahan api karbon rendah yang inovatif kepada konsep rangkaian kuasa termaju,” kata Naib Presiden Kanan Pemantauan dan Penyelarasan Teknologi, Ali A. Al-Meshari.

    Sementara itu Naib Presiden Kanan BYD, Luo Hongbin berkata, “SATC dan keupayaan R&D canggih dalam kenderaan tenaga baharu akan memecahkan sempadan geografi untuk mencari penyelesaian yang menggabungkan prestasi amat cekap dengan jejak karbon yang lebih rendah.”

    Arab Saudi sedang berusaha untuk mempelbagaikan ekonominya, yang bergantung kepada hasil eksport minyak, dan ingin menubuhkan 5,000 stesen pengecas EV menjelang 2030. – AFP

    Gambar bertarikh 29 April 2024 menunjukkan orang ramai mengunjungi petak BYD di Pameran Auto Beijing. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda