RIYADH, 29 April – Syarikat gergasi minyak Saudi, Aramco hari ini mengumumkan lima ahli baharu yang dilantik untuk ahli-ahli lembaga pengarah termasuk wanita pertama dalam sejarah firma itu.
Lynn Laverty Elsenhans, bekas ketua syarikat minyak Amerika Syarikat Sunoco Inc dan pengarah syarikat perkhidmatan minyak Baker Hughes sejak Julai tahun lepas.
Dia telah berkhidmat dengan beberapa buah firma gergasi minyak.
Forbes meletakannya dalam kedudukan ke-10 dalam senarai 100 wanita paling berpengaruh pada 2009.
Ahli yang baharu dilantik juga termasuk Menteri Kewangan Mohammed al-Jadaan, sementara Menteri Tenaga, Khaled al-Faleh kekal menjadi pengerusi syarikat, menurut kenyataan Aramco.
Pelantikan baharu itu berlaku apabila negara yang bergantung kepada penghasilan minyak itu berdepan dengan defisit bajet kerana harga minyak mentah yang rendah, bersedia untuk menjual sehingga lima peratus daripada Aramco kepada tawaran awam antara tahun ini atau tahun depan.
Syarikat itu berharap untuk meningkatkan kira-kira AS$100 bilion daripada IPO berdasarkan AS$2 trilion penilaian syarikat itu yang mengawal simpanan minyak dan gas asli. – AFP