Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aramco umum keuntungan suku tahunan susut 2.3%

    RIYADH, 4 NOV – Gergasi minyak Saudi Aramco, hari ini, melaporkan penurunan keuntungan suku ketiga sebanyak 2.3 peratus susulan kemerosotan harga minyak yang terus menekan hasil syarikat.

    Pendapatan bersih jatuh kepada AS$26.94 bilion berbanding AS$27.56 bilion pada 2024, menandakan penurunan untuk suku ke-11 berturut-turut bagi Aramco, salah satu syarikat terbesar dunia dari segi modal pasaran.

    “Penurunan ini didorong terutamanya oleh pendapatan dan hasil lain berkaitan jualan yang lebih rendah, sebahagiannya diimbangi oleh kos operasi yang lebih rendah,” kata Aramco dalam kenyataan kepada bursa saham Saudi.

    Harga minyak mentah telah tertekan dalam beberapa bulan kebelakangan ini berikutan prospek permintaan yang suram disebabkan ketidaktentuan ekonomi global berkaitan tarif dan kebimbangan kemelesetan.

    Namun faktor geopolitik, termasuk sekatan baharu AS terhadap syarikat tenaga Rusia, membantu mengelakkan harga minyak daripada jatuh lebih jauh.

    Keputusan kewangan ini juga diumumkan hanya beberapa hari selepas lapan anggota utama pakatan OPEC+, termasuk Arab Saudi dan Rusia, mengumumkan peningkatan terbaharu dalam pengeluaran minyak. – AFP

    Tangki simpanan minyak yang dikendalikan oleh Saudi Aramco kelihatan berhampiran lebuh raya di Wilayah Timur berhampiran Dhahran, Arab Saudi, pada 8 Disember 2019. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda