Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arbisyam FC berjaya mencipta kemenangan sulung

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Pasukan Arbisyam FC berjaya mencipta kemenangan sulung selepas menang tipis 1-0 ke atas DDT FT dalam kejohanan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD), kelmarin.

    Mohammad Hamiduddin Haji Talip menjadi wira skuad Arbisyam sekalipun terpaksa menunggu sehingga minit ke-33 untuk memastikan kemenangan yang ditunggu-tunggu buat pasukan Arbisyam FC selepas kecewa dengan kekalahan mengejut kepada pasukan GG-Indera SC pada perlawanan pertama lalu.

    “Kejayaan memperolehi tiga mata penuh sangat penting dalam mengembalikan semangat pemain-pemain. Kemenangan ini juga merupakan hasil perancangan yang rapi dan strategi perlawanan yang berkesan”, jelas Pengurus Pasukan Arbisyam FC, Abdul Mansyor Hibri Hazwan.

    Disebalik kejayaan tersebut, pengurus pasukan itu mengakui anak buahnya perlu berusaha gigih untuk memperbaiki segala kelemahan dalam membentuk pasukan mantap.

    Sekalipun pulang ke Temburung dengan tangan kosong, pasukan didikan Haji Mohammad Yunus Haji Mohammad Yusof itu mendapat pujian selepas memberi saingan yang mantap dengan menayangkan permainan yang berkualiti ketika bersaing dengan pasukan Arbisyam FC.

    “Kami akan meningkatkan prestasi permainan dan memantapkan semua sudut kelemahan dalam pasukan ini”, jelas Ketua Jurulatih DDT FT sambil mengakui pasukannya terpaksa akur bahawa kemenangan belum menyebelahi mereka.

    Aksi pemain Arbisyam FC (kiri) dan pemain DDFT (kanan) semasa kejohanan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023, kelmarin. – Gambar serahan BFL
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda