Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    Arbisyam kukuhkan kedudukan BFL

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Pasukan Arbisyam FC berjaya memperbaiki kedudukan pada carta kejohanan Liga Futsal Brunei (BFL) 2023 selepas menewaskan pasukan BIBD SRC dengan jaringan 3-1 di Dewan Serba guna Bolkiah Garison, Kementerian Pertahanan, kelmarin.

    Kemenangan berharga itu juga meletakkan pasukan dari Daerah Tutong itu berada di kelompok keempat teratas BFL dengan mengutip 15 mata hasil dari sembilan perlawanan.

    Pertemuan menyaksikan peluang seimbang apabila kedua-dua buah pasukan sering berbalas serangan namun kesilapan pemain pertahanan Arbisyam FC, Mohd Aizat bin Saiful Rizal yang menjaringkan gol sendiri pada awal minit ke-2 perlawanan telah menghadiahkan jaringan percuma kepada pasukan BIBD SRC.

    Namun pemain Arbisyam, Muhd Aminuddin Shah bin Haji Rosman berjaya menjaringkan gol penyamaan melalui rembatan kencang dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol BIBD SRC pada minit ke-16.

    Ketua pasukan Arbisyam, Abdul Mansyor Jalilah bin Haji Ishak pula memperolehi sentuhan jaringan pada minit ke-24 dan jaringan Muhd Aniq Ridauddin bin Aliuddin yang bijak menyudahkan umpanan hasil hantaran lintang pada minit ke-29 menyuntik semangat skuad Arbisyam.

    Pasukan BIBD SRC yang juga mengidam kemenangan bagaimanapun tidak berupaya menyekat kelebihan pasukan lawan sekalipun beberapa peluang terhidang di depan pintu gol Arbisyam namun gagal menambah sebarang jaringan sehingga wisel penamat.

    “Pemain-pemain berjaya mengadap-tasikan apa yang telah direncanakan sebelum perlawanan. Walaupun pada awal permainan ada sedikit kelekaan dengan jaringan sendiri, pemain-pemain tidak berputus asa malah berusaha mencari ruang terbaik untuk membolosi gawang pasukan lawan,” jelas Ketua Jurulatih, Khairulazim bin Abdullah.

    Aksi pemain Arbisyam FC dan BIBD SRC semasa perlawanan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -