Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Pendahulu Liga Futsal Brunei (BFL) 2017, Arbisyam FC gagal memanfaatkan peluang untuk terus meninggalkan pencabar terdekatnya, Kota Junior FC apabila hanya mampu berkongsi satu mata dengan pasukan Eagle Blues FC dengan jaringan seri 3 – 3, di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Jaringan Pasukan Arbisyam FC dihasilkan oleh Syazwan Haji Hassan, Muhd Azizul Syafiee Tajul Ariffin dan Muhd Rifdi. Manakala jaringan bagi Pasukan Eagle Blues pula disumbangkan oleh Abdul Malik Yunus dan dua jaringan Awangku Mohd Jumatatul Aleshahrezan.
Dalam perlawanan kedua semalam pula menyaksikan Pasukan Kota Junior FC membanjiri perlawanan dengan jaringan apabila menang besar 13 – 0 ke atas Pasukan Najip FT.

Mohammad Faiz @ Fayz Hasnan mencipta hatrik bagi Pasukan Kota Junior, sementara jaringan lain disumbangkan oleh Maziri Maidin, , Mohammad Norazizam Roslan (2), Awangku Muhammad Naqib Pengiran Timbang (2), Faizul Jefry Haji Zaini, Awangku Muhd Azim Pengiran Haji Damit, Awangku Muhd Azim Pengiran Haji Damit, Nur Adi Zulhusni Jefeeri dan Mohammad Hazlantul Khairul.
Dua lagi perlawanan meneruskan agenda perlawanan BFL, menyaksikan Pasukan Shah United FC berhadapan Pasukan Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan satu lagi perlawanan di antara Pasukan Bawah-20 Tahun Kebangsaan menentang Pasukan Kota Junior FC.