Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arbisyam, Shah United raih kemenangan di BEFL

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Pasukan Arbisyam FC dan Shah United pulang ceria selepas kedua-dua pasukan itu berjaya mengutip mata penuh yang berharga pada persaingan Kejohanan Liga Futsal Elit Brunei (BEFL) 2024-2025 di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Pasukan Arbisyam berjaya menjelmakan penantian selepas menewaskan pasukan DDT FC dengan jaringan 3-0, sementara pasukan Shah United pula berjaya menggandakan kemenangan dengan membelasah pasukan Kota Ranger BK FC 7-3.

    Kemenangan itu menyaksikan pasukan dari Daerah Tutong itu mendaki tangga ketujuh BEFL selepas terlalu lama menjadi penghuni tercorot liga. Sementara itu, pasukan Kota Ranger BK FC pula terpaksa akur turun ke tangga tercorot liga sekalipun berkongsi kutipan tiga mata dengan pasukan Arbisyam FC.

    Pasukan Shah United pula menerima saingan hebat oleh Kota Rangers BK FC. Namun, kepantasan dua pemain import dari Thailand pasukan Shah United menjadi nadi utama kemenangan pasukan Shah United yang berjaya memperbaiki kedudukan pada kelompok empat pasukan teratas BEFL.

    Pemain kedua-dua pasukan, Shah United dan Kota Ranger BK FC berusaha untuk memecahkan gawang pasukan lawan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda