Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arca dijual lebih 4.9 juta euro

    PARIS, 9 JULAI – Satu arca besar oleh artis Amerika Alexander Calder dijual pada pelelongan di Paris semalam dengan harga melebihi 4.9 juta euro, kata firma pelelongan Artcurial, selepas enam dekad dipamerkan di sebuah tamah percutian di selatan Perancis.

    Pengarca berpengaruh itu terkenal dengan seni abstrak dan berwarna-warni, yang dihasilkannya dalam jumlah ribuan sepanjang kerjaya beliau.

    Namun beliau juga menghasilkan ‘arca abstrak bebas, salah satunya masih disembunyikan daripada orang awam di kampung La Colle-sur-Loup, beberapa kilometer dari bandar Cannes.

    Struktur keluli hitam sepanjang 3.5 meter itu dibuat oleh Calder pada 1963.

    “Ia kali pertama sebuah arca abstrak sebesar ini yang dihasilkan oleh Calder dilelong di Perancis,” kata Hugues Sebilleau, ketua jabatan seni kontemporari Artcurial.

    Ia dipasang enam tahun kemudian di depan taman percutian yang bertujuan menarik keluarga berpendapatan rendah dengan mengekalkan harga yang mampu. Arca bebas itu dijual oleh pemilik taman percutian sekarang, Belambra Clubs. Ia dianggarkan bernilai di antara 2.5 dan 3.5 juta euro.

    “Arca bebas ini melambangkan ciri-ciri Calder pada masa itu. Struktur tersebut amat menonjol dan dipasang dengan kukuh di atas empat kakinya,” kata pakar jualan Serge Lemoine.

    Seorang jurutera, Calder menggunakan pelbagai jenis media untuk menghasilkan lebih 22,000 kerja sebelum beliau meninggal dunia pada 1976. – AFP

    Gambar menunjukkan arca oleh artis AS Alexander Calder di perkarangan firma pelelongan Artcurial di Paris sebelum dijual pada 8 Julai 2020. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda