Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Arca Giacometti dilelong AS$90 juta

    NEW YORK, 26 OKT – Arca oleh artis Swiss Alberto Giacometti akan dilelong oleh Sotheby’s dengan harga ditempah khas AS$90 juta tetapi tawaran yang menang esok mungkin dirahsiakan kerana ia dijual menerusi bidaan tertutup.

    Jika arca ‘Grande femme I’ dijual dengan harga lebih AS$100 juta, Giacometti akan setanding dengan Pablo Picasso sebagai artis kedua dengan empat hasil karya yang dijual melebihi harga tersebut.

    Arca gangsa seorang wanita kurus-kering setinggi hampir 2.68 meter, dibentuk pada 1960, adalah sebahagian daripada beberapa siri arca luar bangunan yang pada asalnya dikhaskan untuk Plaza Chase Manhattan di New York tetapi tidak pernah dipasang.

    Di bawah peraturan pelelongan hibrid, pembeli yang berminat hanya boleh membuat satu bidaan rahsia berjumlah sekurang-kurangnya AS$90 juta.

    Pelelongan ditutup pada 1600 GMT esok dan hasil karya itu akan dijual kepada pembida dengan bidaan tertinggi, sekiranya ia berjumlah sekurang-kurangnya lima peratus lebih tinggi daripada bidaan kedua tertinggi, jika tidak pusingan kedua akan diadakan.

    Tidak seperti pelelongan tradisional, firma Sotheby’s tidak akan mendedahkan harga pembelian, walaupun pembeli boleh berbuat demikian jika mereka mahu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda