SPIJKENISSE, BELANDA, 2 NOV – Arca ekor ikan paus telah menyelamatkan sebuah kereta api metro Belanda daripada terjunam ke dalam sungai selepas ia melanggar tembok keselamatan.
Pemandu kereta api, yang merupakan satu-satunya orang yang berada di atas kereta api berkenaan, tidak mengalami kecederaan dalam kejadian yang berlaku semalam di Spijkenisse, berdekatan pelabuhan bandar Rotterdam.
Gerabak depan kereta api kelihatan tergantung 10 meter di atas air, diselamatkan oleh ekor patung raksasa ikan paus.
“Kerana ekor ikan paus, pemandu selamat, sangat luar biasa.”
Pemandu itu kemudian ditahan untuk disoal siasat, kata pihak keselamatan. – AFP