Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Arca Setia Kawan simbolik kewujudan Sitiawan dirasmi

    MANJUNG, 11 FEB – Ungkapan Setia Kawan yang sangat ikonik dengan Sitiawan dizahirkan melalui pembinaan sebuah arca sebagai mercu tanda baharu di kawasan itu.

    Arca yang diwujudkan bagi memperingati semangat setia kawan dalam kisah sejarah tentang bagaimana pekan Sitiawan mendapat namanya itu telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

    “Arca ‘Setia Kawan’ ini memang unik kerana mempunyai nilai sejarah termasuk kisah teladan iaitu kisah seekor gajah yang tidak mahu meninggalkan seekor gajah lagi yang terperangkap di dalam sungai.

    “Apabila air sungai naik gajah itu tidak meninggalkan ‘kawannya’ hingga mengakibatkan kedua-duanya mati, yang kemudiannya sungai itu dinamakan Sungai Gajah Mati dan Kampung Gajah Mati,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Arca Setia Kawan di Pusat Komuniti Warisan Kampung Koh, yang turut dihadiri Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Syamsul Hazeman Mohd Salleh.

    Turut hadir Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka, Jason Ng Thien Yeong dan ADUN Pantai Remis, Wong May Ing.

    Menurut Nga, selepas Kampung Gajah Mati mendapat musibah, namanya berubah kepada Setia Kawan pada 1886. – Bernama

    Sebuah arca mercu tanda baharu di kawasan itu yang disempurnakan oleh Nga Kor Ming di Pusat Komuniti Warisan Kampung Koh. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...