Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ArcelorMittal labur AS$10b kurangkan pelepasan karbon

    PARIS, 29 JULAI – ArcelorMittal, firma keluli terkenal dunia,mengumumkan hari ini ia akan melabur S$10 bilion untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak satu suku pada akhir dekad.

    Syarikat itu juga menambah sasaran pengurangan 35 peratus pelepasan karbon di Eropah pada akhir dekad ini.

    ArcelorMittal, yang telah pun menetapkan matlamat 2050 untuk menjadikan operasinya neutral karbon, merancang melancarkan pusat neutral karbon di Sepanyol pada 2025.

    “Sebagai firma paling berkembang pesat di dunia, firma itu boleh memberikan sumbangan besar kepada pelan karbon neutral untuk ekonomi global,” kata CEO Aditya Mittal dalam satu kenyataan.

    “Pelepasan karbon sifar bahan keluli berpotensi menjadi tulang belakang bangunan, infrastruktur, industri dan kejenteraan, dan sistem pengangkutan yang membolehkan kerajaan, pelanggan dan pelabur memenuhi komitmen sifar karbon mereka,” tambah beliau.

    Sasaran pengurangan syarikat tidak mengambil kira faktor pelepasan tidak langsung, seperti semasa membawa bahan mentah.

    Arcelor Mittal juga mengeluarkan keputusan suku keduanya yang menunjukkan syarikat menerima faedah daripada permintaan kukuh untuk keluli.

    Kumpulan yang beribu pejabat di Luxembourg itu mencatat keuntungan bersih sebanyak AS$4 bilion untuk suku dan AS$6.3 bilion untuk separuh tahun pertama, prestasi setengah tahun terbaik untuk firma itu sejak 2008. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda