Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ardell Aryana urus proses tanam kaki ibu

    Pelakon Ardell Aryana mempelajari pengalaman baharu dalam menguruskan kaki ibunya, Sawiyah Abdullah yang dipotong akibat komplikasi diabetes kronik.

    Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, berkata, proses itu menjadi satu pengalaman bermakna yang mengajarnya tentang ketabahan dan kasih sayang seorang anak terhadap ibu.

    “Rezeki hari ini dapat diajar belajar dan turut bersama dalam menguruskan untuk cuci bersih serta kafankan bahagian kaki ibu saya. Wahai kaki ibuku yang banyak berjasa, terima kasih selesai urusan kaki ini di dunia dan telah pun dikembalikan kepada tanah,” katanya.

    Ardell berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya.

    Dalam pada itu, Ardell merakamkan penghargaan kepada pendakwah bebas PU Rahmat yang banyak membantu dalam urusan tersebut.

    “Terima kasih juga untuk ustazah Aina dan PU Rahmat sebab bantu saya dan datang sama untuk urusan ini dari forensik ke masjid.

    “Proses kafan sehingga urusan ditanam dibuat oleh pasukan pejabat pengurusan dan pasukan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kantan, terima kasih juga kerana sudi bantu saya uruskan kaki ibu, gali tanah untuk tanam. Tidak lupa pihak masjid juga,” ujarnya.

    Sebelum ini, Ardell berkongsi pengalaman perit menerima berita tentang keadaan ibunya yang perlu menjalani pembedahan memotong kedua-dua kaki akibat penyakit diabetes yang kronik.

    Apa yang lebih menyentuh hati, Ardell menerima berita tersebut ketika sedang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) bagi menghantar bantuan ke wilayah Palestin yang dijarah rejim Zionis.

    Meskipun mengakui berita itu merupakan satu ujian besar, Ardell menyifatkan penderitaan yang dilalui rakyat Palestin jauh lebih hebat dan menyentuh hati. – Agensi

    Ardell berkongsi pengalaman menguruskan kaki ibunya yang telah dipotong akibat diabetes. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda