Sunday, May 11, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ardern diuji negatif koronavirus

    WELLINGTON, NEW ZEALAND, 31 JAN – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern berkata hari ini beliau telah diuji negatif koronavirus selepas berkontak rapat dengan seseorang yang dijangkiti dalam sebuah pesawat komersial.

    Ardern telah menjalani pengasingan diri sejak lewat Sabtu selepas pendedahan 22 Januari diumumkan.

    Beliau berhasrat untuk meneruskan pengasingan sehingga esok bagi menyelesaikan peraturan kesihatan 10 hari. Beliau tidak mempunyai simptom.

    Pendedahan berlaku semasa satu penerbangan dari bandar Kerikeri ke bandar terbesar New Zealand, Auckland.

    Para pegawai kesihatan telah menyenaraikan puluhan penerbangan yang terdedah virus itu pada Sabtu lalu, kemungkinan menunjukkan jangkitan dalam kalangan kru pesawat.

    Ardern dan Gabenor-Jeneral Cindy Kiro, yang juga diasingkan sementara menunggu ujian kedua, berada di rantau Northland untuk melakukan beberapa penggambaran menjelang hari kebangsaan New Zealand, Hari Waitangi pada 6 Februari. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda