Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ardern lelong transkrip ‘cemuhan’ di parlimen

    WELLINGTON, 16 DIS – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengumpulkan dana untuk badan kebajikan kanser prostat dengan melelong transkrip ucapannya di parlimen, di mana beliau menggelar lawan politiknya sebagai ‘angkuh’.

    Bidaan bagi salinan dokumen yang dibingkaikan, ditandatangani oleh Ardern dan pesaing politiknya, David Seymour, telah mencecah AS$29,000 hari ini di acara lelongan dalam talian.

    Perdana Menteri New Zealand itu kedengaran melontarkan cemuhan tersebut susulan perang mulut di antara kedua-dua ahli politik semasa sesi parlimen pada Selasa.

    Mikrofon merakam suara Ardern yang sedang marah sambil berkata, “Dia sangat angkuh” yang ditujukan kepada Seymour ketika kembali duduk selepas menjawab soalan daripada ahli parlimen itu.

    Seymour, pemimpin parti liberal kanan ACT, meminta speaker parlimen New Zealand supaya meminta maaf daripada Ardern, yang bermakna ucapan dibuatnya telah dicatat dalam rekod rasmi, dikenali sebagai The Hansard.

    Ardern kemudian menghantar teks memohon maaf kepada Seymour, yang mencadangkan untuk bekerjasama untuk mengumpul duit bagi badan kebajikan. – AFP

    Jacinda Ardern mengumpulkan dana untuk badan kebajikan kanser prostat dengan melelong transkrip ucapannya di parlimen.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda