SYDNEY, 28 FEB – Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern memberitahu pemimpin Australia supaya berhenti menghantar ‘rakyat dan masalah anda’ ke negara beliau dalam satu pertemuan bersama di antara kedua-dua pemimpin hari ini.
Ardern menyelar rakan sejawatan Scott Morrison berhubung dasar Australia yang memaksa menghantar pulang rakyat New Zealand – walaupun jika mereka telah menetap seumur hidup mereka di Australia.
“Lihat, saya telah menjelaskan secara terus-terang bahawa ia bersifat membinasa dalam hubungan kami,” kata Ardern tatkala beliau menggambarkan masalah yang dilihat dari perspektif Wellington ketika persidangan akhbar bersama.
“Australia berhak menghantar pulang individu yang melanggar undang-undang anda. New Zealand melakukan yang sama. Namun kami mempunyai permintaan yang mudah – hantar pulang penduduk New Zealand,” kata beliau. “Penduduk asli New Zealand.”
“Jangan hantar pulang rakyat anda dan masalah anda,” kata beliau, mengadu ada di antara 2,000 rakyat Australia yang telah dihantar pulang merupakan warga de facto Australia.
Ardern menghadapi kempen pemilihan semula yang sukar pada akhir tahun ini dan Morrison juga sedang bangkit semula selepas beberapa siri skandal dan krisis.
Pemimpin Australia berusia 51 tahun itu enggan mengubah dasar kerajaannya – yang amat popular dengan penyokong konservatif – menegaskan sesiapa yang ‘tidak memegang gelaran ‘rakyat Australia’ tidak menerima tawaran khas. – AFP
