Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Areum T-ara ada bukti jadi mangsa keganasan suami

    Ketika isu rumah tangganya masih belum selesai, bekas anggota kumpulan T-ara iaitu Lee Areum didakwa mendera anak-anaknya.

    Tidak berdiam diri, Areum menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah cuba menjatuhkan dia selain tidak pernah menerima sebarang arahan untuk membantu siasatan atas dakwaan tersebut.

    Memetik kenyataan mStar, malah kata Areum, dia sedia memberi kerjasama penuh jika dipanggil membantu siasatan pihak polis.

    “Ini tuduhan tidak masuk akal! Saya tak pernah terima sebarang laporan atau dipanggil pihak polis untuk membantu siasatan.

    “Jika betul ada laporan polis sudah dibuat terhadap saya, pasti pihak berkuasa akan memanggil saya membantu siasatan.

    “Saya sendiri bersedia memberi kerjasama penuh jika diminta memberikan keterangan,” katanya.

    Tuduhan itu timbul susulan Areum mendakwa sebelum ini dia dan dua orang anak lelaki-nya sering menjadi mangsa penderaan fizikal suaminya iaitu Kim Young Gul.

    Akibat tekanan dan penderaan itu, Areum pernah dikejarkan ke hospital selepas cuba membunuh diri pada 26 Mac lalu namun nyawanya berjaya diselamatkan. – Agensi

    Areum mendedahkan dia mempunyai bukti keganasan yang dilakukan suaminya. – Allkpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda