PARIS, 1 Mac – Pembina reaktor nuklear Perancis yang berdepan masalah, Areva berkata hari ini yang ia sudah pun mengurangkan kerugiannya tahun lepas, hasil daripada program penstrukturan semula yang berterusan.
Dalam keadaan debit selama enam tahun berturut-turut, Areva berkata ia mencatatkan kerugian sekitar 665 juta euro (AS$700) pada tahun 2016, berbanding kerugian 2.04 bilion euro setahun sebelumnya.
Pada 2015, Areva telah terpaksa untuk membuat peruntukan teguh bagi penstrukturan semula bagi kerugian tambahan dalam projek reaktor air bertekanan EPR di Finland.
“Persekitaran kumpulan itu masih lagi kekal sukar pada 2016, terutamanya dalam kejatuhan mendadak dalam harga pengayaan dan uranium dan kemelesetan dalam perkhidmatan,” kata Areva dalam satu kenyataan.

“Ia jauh lebih memuaskan daripada mencatatkan kerugian….namun kumpulan ini sudah mulai kembali menunjukkan perkembangan,” kata ketua kewangan, Stephane Lhopiteau memberitahu sidang perbualan telefon.
Selain mengurangkan 6,000 kerja, jualan aset dan satu bilion euro dalam pengurangan kos menjelang 2018, Areva merancang dua penambahan kapital sebanyak lima bilion euro, yang mana pemegang saham utamanya, negeri Perancis, akan menanggung sekitar 4.5 bilion euro. – AFP